Thursday, 10 September 2009

10 Etika Anak Soleh

  • Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad

    - Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.

  • Berbuat baik kepada kedua ibubapa

    • Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.

    • Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.

    • Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.

  • Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)

  • Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun

  • Mendirikan solat

  • Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.

  • Bersabar dan redha diatas segala dugaan

  • Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.

  • Bersederhana dalam segala perkara.

  • Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

  • No comments:

    PG/ TK ISLAM SMART BEE - Children Education

    My photo
    Based on Islamic system. We commit to be partner for parents to provide educated play ground for their beloved children. Contact us: Jl.Danau Maninjau Raya No.221, Ph 62-21-7712280/99484811 cp. SARI DEWI NURPRATIWI, S.Pd