Sunday, 29 June 2008

ANAK PINTAR DENGAN IJIN ALLAH

Diambil dari situs tetangga...

Amalkan berdoa2 berikut semasa membesarkan anak2;
Doa agar anak2 patuh pada Allah SWTSURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128
Doa agar anak2 mengerjakan SolatSURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41
Doa melembutkan hati anak2 yg nakalSURAH TAHA AYAT 1-6
Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hatiSURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikanpanduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakansebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bilaanak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagipulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendahdiri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malusangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yangmemanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islampun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkananak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuatdaripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorgmak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadipenyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika diakurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan iniakan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan denganpersekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marahsampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanyapun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilahpujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuksetiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, diaakan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanyamotivasi…
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukansesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yangsedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiapperkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebihbanyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlahkeluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yangterdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalahkeluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar danproses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkankeperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puanmengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di haritua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengarilagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akanmengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layanbebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekalilayan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umurbaru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok.Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tujawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibelidi tempat lain.
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nyamereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Adamasa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kitasupaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagikita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa.Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhantakdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akanmembuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaranyang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali -ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklantu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalamsatu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye,tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantutla proses pembelajaran dia.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangananak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasakepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila sayabaca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalamrumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapurpun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb sayajenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitureal dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangankita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi.Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yangsama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripadamembuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaranmereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam -biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcmcerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Iniakan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa nigarangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionistpada anak2. nnt mereka rendah diri.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akanbelajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Danmereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain.Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, ataukita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar darisatu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cumauntuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahundari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauhdari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaanmereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

No comments:

PG/ TK ISLAM SMART BEE - Children Education

My photo
Based on Islamic system. We commit to be partner for parents to provide educated play ground for their beloved children. Contact us: Jl.Danau Maninjau Raya No.221, Ph 62-21-7712280/99484811 cp. SARI DEWI NURPRATIWI, S.Pd